Menteri Besar Selangor Hormat_Rafei

Hormat Rafei dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada usia 51 tahun (15 Mac 1975 hingga 3 Mei 1982) setelah Datok Harun bin Idris dipecat dari UMNO ,ditangkap dan dipenjarakan kerana rasuah membabitkan Bank Rakyat dan lain-lain kes.Selepas pilihan raya 1964, Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ke-2, memimpin UMNO Selangor. Harun pernah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO telah memimpin Selangor selama 12 tahun iaitu sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1976. Seterusnya UMNO Selangor diteruskan oleh Datuk Hormat Rafei apabila dilantik mengambil alih sebagai Menteri Besar Selangor ke-3. Pelantikan beliau dibuat oleh Tun Hussein Onn yang juga memangku jawatan Presiden UMNO setelah kembalinya Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada tahun 1976.[6] Dalam buku 'Jatuh bangun seorang pejuang' oleh 'Raja Ahmad Niza Raja Bidin' mendedahkan tentang usul yang dibawa oleh pemangku Menteri Besar, Dato Hormat Rafei dan Lee Kim Sai bahawa Dewan Undangan Negeri Selangor tidak lagi percaya kepada kepimpinan Dato Harun Idris.[7]

Selepas beliau, diganti oleh adik ipar Dr Mahathir Mohamad iaitu Ahmad Razali Mohd Ali. Ramai penyokong dan pemuda UMNO yang mahukan Haji Suhaimi Kamaruddin (39 tahun) menjadi menteri besar kerana beliau bersuara lantang , seorang peguam dan anak buah Harun sendiri.[8]

Selaku menteri besar, Hormat Rafei merasmikan Sekolah Bukit Badong, Bestari Jaya/Batang Berjuntai, Kuala Selangor pada 20 April 1976.[9] Pada 1 November 1980, Dato Haji Hormat Rafei juga merasmikan Sekolah Rendah Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor.

Dalam Pilihan raya Julai 1978, beliau menang dan dipilih semula sebagai Menteri Besar dan terpilih sebagai Ketua UMNO Selangor.Dasar Perlombongan Bijih Timah Selangor telah diwartakan bagi mengawal aktiviti perlombongan di Selangor.[10]

Pada 12 Oktober 1980, isu dua buah kuari memecah batu di Batu Caves boleh menjejaskan gua kuil Hindu berusia 440 juta tahun. Lebih 860,000 penganut Hindu mengunjungi gua itu setiap tahun.Mereka mendesak agar kuari itu dihentikan bagi mengelakkan kemusnahan. Menteri Besar Hormat Rafei gagal memberikan alasan untuk lanjutan enam bulan lagi untuk aktviti kuari itu.[11]

Pada 25 Mac 1981, Timbalan Perdana Menteri , Dr Mahathir Mohamad mengadakan lawatan bersama ke Banting. Pada 31 Ogos 1981, DrMahathir Mohamad mengunjungi rumah Hormat Rafei sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia. Pada 1981 juga, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menganugerahkan Pingat sempena upacara Pengurniaan Pingat Ke-54 yang diadakan di Dewan Datuk Hormat Rafei dan berkunjung ke rumah Hormat Rafei. Hormat Rafei tidak terpilih menjadi calon dalam Pilihan raya 1982 sebagaimana Menteri Besar Johor, Othman Saat.[12]

Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Abdul Abu Bakar pengerusi Emkay pernah menjadi pegawai khas kepada Hormat Rafei.[13]